Sasterawan Negara Allahyarham Usman Awang ‘MELAYU’ : Melayu itu orang yang bijaksana Melayu itu berani jika bersalah Dalam sejarahnya Malangnya Melayu itu kuat bersorak Aku bangga dilahirkan sebagai seorang Melayu...namun aku jauh lebih beruntung dilahirkan sebagai seorang Islam...kerana dalam Islam itu ada kesempurnaannya!!!..
nakalnya bersulam jenaka
budi bahasanya tidak terkira
kurang ajarnya tetap santun
jika menipu pun masih bersopan
bila mengampu bijak beralas tangan.
kecut takut kerana benar
janji simpan di perut
selalu pecah di mulut.
Biar mati adat
jangan mati anak.
Melayu itu pengembara lautan
melorongkan jalur sejarah zaman
begitu luas daerah sempadan
sayangnya kini segala kehilangan.Melayu itu kaya falsafahnya
kias kata bidal pusaka
akar budi bersulamkan daya
gedung akal laut bicara.
terlalu ghairah pesta temasya
sedangkan kampung telah tergadai
sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual….
Tanpa Tajuk
-
Kemuncak Sepi, Semoga saja kau sedang bergembira di salah satu taman
syurga.. Al-Fatihah Zarina Bte Tardan...
11 years ago
No comments:
Post a Comment