Moga Allah Pelihara Jemaah Ini

Syukran jazilan....

Islamic religion1

Tuesday, August 14, 2007

Rancangan Pastor Homoseks Bina Gereja Dibantah
Posted on Tuesday, August 14 @ 09:24:35 MYT by greenboc

Analisis Isu aKUALA LUMPUR: Satu kontroversi tercetus di kalangan masyarakat Kristian Malaysia terhadap apa yang mereka dakwa satu cubaan seorang pastor, yang mengaku dirinya homoseksual, untuk memulakan sebuah gereja di sini.

Sejak beberapa minggu lalu, banyak e-mel dan pesanan ringkas (SMS) membantah rancangan itu dikirimkan kepada Reverend Ou Yang Wen Feng, seorang pastor Malaysia yang berkhidmat dengan Metropolitan Community Church (MCC) di New York, Amerika Syarikat.


Beliau kini berada di Kuala Lumpur sekitar seminggu.

Menurut laman web MCC, gereja itu adalah sebahagian daripada satu gerakan gereja Kristian antarabangsa yang cuba mendapatkan sokongan golongan homoseksual, dwiseksual dan transeksual.

Rev Ou Yang, 37 tahun, menerima bidasan keras daripada masyarakat Kristian Malaysia kerana merancang mengadakan upacara penyembahan Ahad di sebuah hotel minggu ini.

Beliau mendedahkan bahawa dirinya seorang homoseksual tahun lalu dan dikatakan adalah pastor pertama di Malaysia yang berbuat demikian.

Rev Ou Yang, yang juga penulis kolum dalam akhbar Sin Chew Daily, belajar di Amerika Syarikat selepas mendapat biasiswa akhbar itu sekitar 1990-an.

Apabila dihubungi, Rev Ou Yang berkata beliau hanya cuba membangunkan sebuah gereja 'yang mana semua orang berasa selamat dan diterima'.

Adalah tidak adil untuk memberinya label sebuah gereja homoseksual, kata beliau. Menurutnya, beberapa e-mel yang diterimanya amat menyakitkan hati. - The Sta

Ulasan Roslan SMS
Homoseks juga sebahagian dari budaya kita?

Rakyat Malaysia akan merayakan ulangtahun kemerdekaan negara pada hujung bulan ini. Genap 31 Ogos nanti maka Malaysiaku Gemilang mencecah usia 50 tahun. Di ambang kemerdekaan ini kita sering menyingkap kembali perjuangan para pejuang kemerdekaan kita yang telah menumpahkan darah dan air mata untuk membawa udara kemerdekaan bagi kita bernafas dan mengharungi hidup seterusnya di atas bumi bertuah ini.

Rakyat dari berbagai bangsa Melayu, Cina dan India masing-masing menyumbang ke arah kemerdekaan ini sehingga sama-sama kita membina satu negara bangsa berasasakan budaya yang kita terima dan warisi turun-temurun.

Budaya Timur yang kita junjung, selaras dan selari dengan agama dan kepercayaan anutan kita masing-masing. Malah kita mampu hidup dengan aman dan damai kerana walaupun kita berbeza agama dan kepercayaan namun adat ketimuran mengikat kita seakan satu rumpun rakyat yang hormat-menghoramti dan saling percaya-mempercayai.

Kita mengajar dan membentuk anak-anak kita untuk mengejar kemajuan dalam ruang lingkup kerangka budaya kita. Mereka terdedah dan mencungkil serta menimba ilmu dan maklumat dari luar namun mereka diingatkan untuk tidak menyerap masuk budaya kuning yang bercanggah dan bertentangan dengan budaya kita. Melayu, Cina dan India, kita semua mahukan anak-anak kita berjaya dan cemerlang sebagai rakyat Malaysia yang baik, berakhlak dan tinggi moralnya.

Lalu saya terkejut apabila membaca berita berikut dalam akhbar The Star hari ini:

\

Berita tersebut melaporkan berkenaan seorang warga Malaysia keturunan Cina yang kini adalah seorang paderi bertugas di Metropolitan Community Church (MCC) di New York. Masalahnya Reverand Ou Yang Wen Feng 37 tahun ini bukan seorang lelaki normal. Beliau mengakui adalah seorang gay yang mengamalkan seks sejenis.

Lebih parah lagi Reverand Ou dalam kunjungannya ke sini membawa sekali kekasihnya seorang lelaki kulit putih bernama Angel Ayala yang beliau akui akan beliau kahwini sebaik sahaja bandaraya New York mengizinkan perkahwinan sejenis tidak berapa lama lagi. Ou menambah beliau nanti berhasrat untuk membuka cawanagn gereja MCC di negara kita menjelang tahun 2010. Gereja itu nanti akan terbuka kepada semua tanpa membezakan amalan seks masing-masing.

Saya difahamkan amalan Ou ini ditentang oleh hampir semua gereja di Malaysia. Walaupun saya bukan penganut Krisitian saya tahu bahawa amalan homoseks ini bukan hanya ditentang oleh agama Kristian malah seluruh agama yang dianuti oleh rakyat Malaysia dan ianya bercanggah sama-sekali dengan adat resam dan budaya kita turun-temurun.

Dengan pengakuan Reverand Ou ini pihak berkuasa perlulah mengambil perhatian kerana kita tidak mahu rakyat Malaysia mencontohi amalan kotor beliau yang tidak dapat diterima di negara ini. Saya akui mungkin ada rakyat Malaysia yang mengamalkan seks sejenis seperti Ou ini tetapi itu mereka lakukan secara bersembunyi kerana amalan seks di luar tabiie ini dikategorikan sebagai suatu jenayah di negara kita.

Cukuplah sudah dengan masalah keruntuhan moral dikalangan anak-anak remaja kita. Kita tidak perlukan seorang ahli agama seperti Ou pula untuk datang ke sini, meyalahgunakan statusnya untuk memperkenalkan amalan yang ditolak sama-sekali oleh semua rakyat Malaysia yang bermoral dan berakhlak. Yang saya hairannya kenapa akhbar ini memberikan ruangan dan layanan yang cukup istimewa kepada Ou ini, apakah mesej yang mahu ia bawa?

Ya Allah...semacam apakah negaraku Malaysia ini nanti selepas ini??...Kau jauhilah kami dari segala kemaksiatan Ya Allah...Lindungilah kami...kau hancurkanlah segala niat jahat musuhMu...tunjukkanlah kebenaranMu Ya Allah...Sesungguhnya kau TUHAN PEMILIK KEAGUNGAN....

ISh2...ape nak jadi dah zaman sekarang...x kan manusia x nampak lagi kebenaran disebalik segala penyelewengan ini??...semua agama melarang keras amalan songsang ...tetapi tidakkah mereka terpikir...dikalangan ketua mereka turut melakukan mengamalkannya ??..lalu apakah lagi yang mereka2 ini harapkan daripada agama yang sesat ini???...Ya Allah berikanlah hidayahMu kepada umat manusia ini...tetapkanlah hati2 umat Islam...semoga niat2 jahat musuhMu tidak akan mampu menggugt kami...amin...

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Bebaskan Tahanan ISA!!

Bebaskan Tahanan ISA!!
Wahai Pemimpin Pakatan Rakyat!! Tunjukkan Semangat Perjuangan Anda Demi Menegakkan Keadilan Kepada Rakyat Tanpa Mementingkan Harta Atau Pangkat! Tunjukkan Keikhlasan Anda!!