Moga Allah Pelihara Jemaah Ini

Syukran jazilan....

Islamic religion1

Thursday, August 16, 2007

Menjejak Bekas Aktivis Kampus...

Aku tertarik sekali pabila membaca tulisan ini beberapa bulan lalu...bagiku...ad asasnya penulis membuat perbandingan antara mahasiswa dahulu dan sekarang...aku juga jadi tertanya2 siapakah kita kini??...sekadar ulat buku yang hanya tahu final exam sudah hampir tiba??...mari kita selusuri penulisan ini...moga2 akal kita yang Allah kurniakan ini dapat kita gunakan...

Menjejak Bekas Aktivis Kampus
Posted on Saturday, April 14 @ 09:12:14 MYT by din-cryptos
Artikel Oleh: Mohd Shuhaimi Al-Maniri
Shuhaimi7070@gmail.com

Lama juga saya tak menulis dalam SIASAH. Rasanya dah lebih setahun. Beberapa kali Ketua Pengarang SIASAH, Sayuti Omar atau MSO mempelawa saya menulis semula dalam akhbar yang dipimpinnya. Berkali-kali berjanji untuk menghantar artikel tetapi tidak dapat ditunaikan sebab penulis sibuk sejak menjadi mahasitua semula di kampus.

Ini adalah kali ketiga penulis berada di kampus. Lebih menarik lagi, ini adalah kampus yang ketiga juga. Sejak menyambung pengajian diperingkat sarjana ini, masa untuk menulis dan aktiviti sosial amat terhad. Mulai minggu ini, penulis cuba istiqamah menulis semula untuk akhbar ini kerana bercuti panjang bermula pertengahan April ni.

Saya berjanji untuk menulis Dari Kampus. Rupanya susah jugak nak mulakan semula apa yang telah lama ditinggalkan. Sepanjang terlibat dan menjadi pemerhati politik kampus, saya pernah menulis dalam berbagai akhbar dan majalah berkaitan dengan dunia politik seperti WATAN, Dunia Islam, Mingguan Politik dan lain-lain serta berjaya menghasilkan dua buah buku berkaitan dengan gerakan pelajar dan politik kampus – Gerakan Pelajar : Kepimpinan, Pengurusan dan Cabaran (1992) dan Disebalik Tabir Politik Kampus (1995).

Minat saya mengkaji politik kampus dan aktivisnya tidak pernah padam, tetapi masa dan kesempatan saya berada dikampus tidak lama. Buku saya yang kedua itu, boleh dikatakan sebagai sambungan kepada apa yang telah dirakamkan oleh Muhamad Abu Bakar (sekarang Dato’ Professor) di Universiti Malaya dalam bukunya bertajuk Mahasiswa Menggugat! yang menceritakan kehebatan mahasiswa dizaman pra Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) khususnya di Universti Malaya.

Manakala saya pula dalam buku Disebalik tabir Politik Kampus mengambil pendekatan membincangkan pola-pola penting pergolakan UMNO/BN dan PAS dalam suasana politik kampus ketika itu selepas AUKU di kesemua universiti utama termasuk di Universiti Malaya (UM) , Univerisiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Pertanian Malaysia (UPM – sekarang Universiti Putra Malaysia), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Dahulu jika jadi pemimpin dan aktivis kampus mereka amat dikenali bukan sahaja oleh masyarakat kampus malah pemimpin2 negara kerana aktiviti anti establishment mereka sentiasa mendapat perhatian. Banyak nama-nama besar dalam politik kampus sebelum AUKU seperti Hishamuddin Rais atau Anwar Ibrahim dan lain-lain di Universiti Malaya. Abdul Halim Arshat atau Idris Ahmad dan lain dari UKM serta Anuar Musa atau Ahmad Lutfi Othman dari Universiti Teknologi Malaysia. Ibrahim Ali dari ITM, Saifudin Nasution dari UPM dan lain-lain yang banyak mewarnai suasana politik kampus dizaman mereka.

Suasana politik kampus sekarang dalam abad ke-21 ini pun juga sudah jauh berubah berbanding dengan beberapa dekad terakhir abad ke-20 yang lepas. Uniknya politik kampus ketika itu, walaupun mereka anti-establishment dan berjuang diatas platform Islam semasa bergelar pemimpin mahasiswa, selepas keluar dari dunia politik kampus mereka bebas memilih sama ada UMNO atau PAS untuk menerus aktiviti politik.

Penulisan ini tidak habis disini...aku hentikan setakat ini hanya untuk kalian membuat perbandingan...di tahap manakah mahasiswa kita di zaman ini??...kalian mampu memberikan jawapan!!

P/s untuk penulisan lengkap...sila buka link di atas...

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Bebaskan Tahanan ISA!!

Bebaskan Tahanan ISA!!
Wahai Pemimpin Pakatan Rakyat!! Tunjukkan Semangat Perjuangan Anda Demi Menegakkan Keadilan Kepada Rakyat Tanpa Mementingkan Harta Atau Pangkat! Tunjukkan Keikhlasan Anda!!